Monday 15 April 2013

Bimasakti


Bimasakti. Sebuah galaksi yang terdapat dalam alam semesta ciptaan Ilahi daripada berjuta-juta galaksi yang lain.
Andromeda, antara sebuah lagi galaksi yang terdapat di alam ini. Galaksi lain ?
Banyak ! Tapi saya tidak ketahui namanya. 

Galaksi itu apa ? Ianya rangkaian kumpulan bintang-bintang, cebisan dan debuan alam semesta.
Saiz Bimasakti ? 100 000 - 120 000 tahun cahaya diameter. Mengandungi 200-400 billion bintang. Salah satunya ialah matahari sistem solar kita.
Anggaran ahli astronomi, jumlah galaksi di alam ini adalah 170 billion.

Subhanallah~ Inilah antara tanda-tanda kebesaran-Nya.
Nak tahu lagi mengenai galaksi ? Anda bolehlah cuba mengkaji dan memperbanyak bacaan berkaitan falak dan astronomi.


Astronomi bukan bidang saya. Juga bukan bidang yang saya minati. Cuma saya sangat meminati pengetahuan, bukan setakat dalam perkara yang saya minati tapi juga dalam perkara diluar minat.

Bukan niat saya untuk bersyarah mengenai galaksi diruangan ini. Hanya sekadar cebisan kata-kata hati untuk sama-sama kita renungi. 
Dalam berbillion galaksi yang ada, Bimasakti yang dipilih. Dalam berbillion bintang dalam Bimasakti, matahari yang jadi pilihan. Dalam beberapa planet (walaupun astronomi mengatakan planet di sistem solar ada 9, tapi sy percaya bahawa ada lebih dari itu). Bumi yang jadi pilihan.
Pilihan siapa ? Sudah tentulah pilihan kuasa yang Agung pencipta alam.

Kerdil ! Hanya sejuzuk daripada alam yang luas ciptaan-Nya. Mustahil mampu dilihat dengan mata kasar kehadiran ini jika dinisbahkan dengan alam yang maha luas.
Lalu dijadikan kita sebaik-baik makhluk ciptaan sesuai dengan kalam Tuhan yang benar.
Maka nikmat mana yang hendak kita dustakan ?

Juga bukan niat saya untuk menjadi wadah ini sebagai tempat untuk berdakwah semata-mata.
Ianya satu perkongsian kerana minat terhadap pengetahuan dan ilmu yang maha luas milik Ilahi.
Tidak mampu saya korek dan penuhi segalanya didada ini hanya di sebuah tempat persinggahan bernama Bumi.

Ianya juga sebuah cerita dan jurnal tentang kehidupan di hujung galaksi ini. Cerita suka dan duka, turun naik dan jatuh bangun dalam kehidupan. Semoga ianya menjadi satu memoir indah untuk tatapan saya dipenghujung usia.

Ini hanya satu suara yang kerdil. Suara kerdil di hujung galaksi.
Bukan mengharap untuk didengari oleh makhluk.
Melainkan untuk yang maha Agung.

Tangisan Di Hujung Galaksi. DIA sahajalah yang mengetahui.


No comments:

Post a Comment