Tuesday 7 May 2013

Sedih saya dengan bangsa sendiri.

Semasa di PLKN dulu saya berpeluang berkenalan dan berkawan dengan bangsa Cina. Saya masih ingat di sebelah katil saya seorang Cina bernama Brian. Sebelah depan seorang Cina bernama Chen.

Situasi 1 :
Entah kenapa satu malam itu, si Brian ni tak pasal-pasal membaca surah Al-Fatihah. Complete lengkap 7 ayat tanpa meninggal satu patah dan satu baris pun. Hanya makhraj dan tajwidnya yang tunggang langgang. Saya bangkit terkejut dan terselit rasa bangga di hati bile mendengar bacaan dia.

Saya tanya : Hebat la lu hafal surah fatihah.
Brian : Hari-hari sy dengar maa, surau dkt sama rumah saya. Hari-hari dengar saya jadi ingat lah.

Kagum saya. Tiada sekelumit dihati ni rasa keji dgn tindakan dia membaca surah fatihah. Tidak terlintas pulak dihati saya utk bertanya kenapa dia baca surah tersebut.

Tak semena-mena, ketua dorm saya berbangsa Melayu menjerit.
"Kuang aja lu Cina, itu orang Islam jer baca."
Sambil beliau menyalahkan saya kerana tidak melarang Brian membaca surah tersebut. Ketika di PLKN, saya sering dijadikan tempat rujukan bahagian agama meskipun ilmu sy ni cetek jer. Mungkin saya amik aliran Sains Agama kot di sekolah dlu. Ramai ahli dorm saya berbangsa Melayu bersetuju dgn ketua dorm itu.

Pada ketika itu, saya tidak tahu apa hukumnya non muslim membaca ayatul quran. Cuma, naluri saya mengatakan tiada salahnya cina tersebut. Dia membaca sebuah Kalam tuhan yang sebenarnya pencipta kepada dia juga. Hanya hidayah tidak sampai utk dia menerima Islam.

Saya tidak membalas kata-kata sahabat sy tersebut. Brian segera memohon maaf atas ketelanjurannya. Cuma, dalam hati saya ingin sekali berkata, "lebih baik dia baca quran daripada engkau yang solat pon seminggu sekali. Solat apa? solat jumaat sbb peraturan di PLKN mewajibkan semua orang Islam ke Masjid. Kalu tak, aku rasa mamat tuh mmg tak solat."


Situasi 2 :
Kawan cina saya bernama Chen. Hari itu tiba-tiba dia dapat keberanian menegur ketua dorm saya bernama Karim(bukan nama sebenar).

Chen : Oi, Karim. Lu pigi semayang lah. Sudah maghrib woo. Ikut hadi pergi suraulah.

Saya pun tak tahu dari mana dia dapat keberanian nak sound si Karim. Apa lagi, melenting sakanlah si Karim tuh.

Karim : Cilaka punya cina. Lu bukan Islam tutup mulut la wei ! Aku penyepak kang.

Memang hanpir terjadi pergaduhan antara mereka. Karim sikit lagi nak hempuk Chen dgn penumbuknya. Mujur rakan-rakan yang lain sempat menahan. Saya hanya tersenyum simpul, dihati saya memuji tindakan Chen. Saya sendiri tidak ada keberanian utk menegur dan mengajak si Karim menunaikan solat bersama.
Sebaliknya, Chen bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Karim atas kertelanjurannya.


Situasi 3 :
Hari minggu memang hari berehat utk peserta PLKN. Malam tuh saya tidur awal sebab kepenatan. Rasanya memang tidur mati.
Saya tidak sedar bila masa saya dikejutkan oleh Chen. Dia kata saya dah lewat utk menunaikan solat subuh. Saya tengok jam hampir pukul 7 pagi. Cepat-cepat saya berwudhuk dan bersolat.

Saya ucap terime kasih pada dia kerana menyedarkan saya. Terharu~

Saya kira, pengalaman saya berkawan dgn Cina dan India di PLKN antara kenangan manis. Mereka sebenarnya menghormati orang Islam. Setiap kali azan berkumandang, mereka duduk diam menghormati azan tersebut dikala orang melayu Islam masih sibuk dengan gitar dan nyanyian mereka.

Yang bergaduh sbb berebut awek = Melayu
Melalak waktu azan main gitar = Melayu
Lompat pagar hisap rokok hingga ditangkap = Melayu
Buat masalah disiplin dengan cikgu di kem PLKN : Melayu

Sedih saya dengan bangsa sendiri. Saya sayang bangsa Melayu. Tapi, saya juga sayang bangsa lain yang merupakan rakyat Malaysia. Kita sama-sama bina Malaysia. Bukan Melayu seorang
Dah lebih 50 tahun merdeka, tak reti lagi ke nk hapuskan masalah perkauman ini ??
Sepatutnya, apabila syarat merdeka yang diberi oleh British dahulu kita setujui. Kita perlu berusaha melaksanakan apa yang kita setujui dahulu. Bukannya kita setuju hanya untuk merdeka. Selepas merdeka kita kekalkan masalah perkauman. Itu bodoh namanya.

Suka saya memetik kata-kata Ust Ihsan Fadhli disini.
Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Sebenarnya siapa yang khianat Melayu ? Cina kah ? Fikir-fikirkanlah sendiri

1 comment: